PSAS: New Zealand gagal calarkan rekod Pakistan

PSAS: New Zealand gagal calarkan rekod Pakistan

PEMAIN-Pemain Pakistan meraikan jaringan penyamaan ketika menentang New Zealand pada aksi kelima Piala Sultan Azlan Shah, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pakistan memastikan kemaraan mereka ke pentas akhir Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 dengan rekod tanpa kalah apabila bangkit mengikat New Zealand 1-1 pada aksi terakhir pusingan round robin, sebentar tadi.

New Zealand yang berada di kedudukan ke-10 dunia bermula garang apabila mengasak kubu Pakistan sebaik wisel permulaan ditiup.

Tekanan awal itu memberi mereka dua pukulan sudut penalti namun ia gagal disempurnakan dalam bentuk jaringan.

Usaha mereka untuk merobek gawang Pakistan akhirnya diperolehi pada minit ke-35 menerusi gol padang diledakan oleh Luke Holmes.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Pakistan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-43 hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Abu Mahmood.

Untuk suku keempat, skuad kendalian Roelant Oltmans terus menekan kubu New Zealand namun empat pukulan sudut penalti yang diperolehi gagal menewaskan penjaga gol, George Enersen sekali gus kedua-dua terpaksa berpuas hati berkongsi mata.

Esok, Pakistan akan membuat penghitungan dengan Jepun bagi menentukan juara edisi ke-30 PSAS manakala New Zealand turun berdepan Malaysia dalam perebutan tempat ketiga dan keempat.

Bagi pengendali Pakistan, Oltmans menyifatkan keputusan itu adil untuk kedua-dua pasukan.

“Seperti apa dikatakan oleh Greg Nicol (jurulatih New Zealand) perlawanan seimbang buat kedua-dua pasukan, mereka menguasai babak pertama dan babak kedua menjadi milik kami.

“Permulaan kami tidak bagus dan memberi pukulan sudut penalti awal kepada lawan, ia tidak sepatutnya berlaku tetapi saya gembira kita masih mengekalkan rekod tanpa kalah walaupun tidak beraksi di tahap terbaik hari ini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya