PSAS: New Zealand berpesta gol, belasah Kanada

PSAS 2024: New Zealand berpesta gol, belasah Kanada

PEMAIN New Zealand, Scott Cosslett melakukan hantaran kepada rakan sepasukannya pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah menentang Kanada di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: New Zealand membuktikan status sebagai pasukan pilihan apabila mudah mencatat kemenangan besar 7-1 ke atas Kanada pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi.

Sebaik sahaja wisel permainan ditiup, skuad kendalian Greg Nicol hanya memerlukan 17 saat(s) untuk membuka tirai jaringan menerusi gol padang diledak Scott Boyde.

George Baker menggandakan kelebihan buat New Zealand pada minit ke-16 menerusi gol padang.

Asakan bertali arus New Zealand sekali lagi membuahkan hasil pada minit ke-26 dan tiba giliran Jake Smith mencetak nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Pesta gol anak buah Nicol diteruskan dengan dua lagi gol masing-masing pada minit ke-42 dan m-45 menerusi Baker serta Smith hasil gol padang.

Dua minit kemudian Rowan Childs menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk Kanada memperolehi gol pertama.

Bagaimanapun, ia tidak mampu menyekat New Zealand yang terus menambah derita Kanada dengan Baker mencatat hatrik pada minit ke-59 menerusi gol padang dan Boyde menutup kemenangan bergaya buat pasukannya apabila meledak gol ketujuh pada penghujung perlawanan juga melalui gol padang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya