PSAS 2024: Speedy Tigers tewas kepada Pakistan

PSAS 2024: Speedy Tigers tewas kepada Pakistan

PENYERANG Malaysia, Muhajir Abdu Rauf diasak pertahanan Pakistan pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Stadium Azlan Shah, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bermain di laman sendiri dengan sokongan hampir 5,000 penyokong yang hadir di Stadium Azlan Shah, skuad hoki lelaki kebangsaan gagal menghadiahkan kemenangan kepada mereka selepas tewas 4-5 kepada Pakistan.

Kekalahan itu menyaksikan Speedy Tigers memilih jalan sukar untuk mencapai sasaran ke final kejohanan edisi ke-30 berkenaan.

Pada aksi itu, Pakistan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Sufyan Khan.

Tersentak dengan jaringan itu, Speedy Tigers pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol padang, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-13 dan dia sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-28 untuk meletakkan Malaysia mendahului 2-1 sebelum memasuki bilik persalinan.

Bersambung kembali permainan, Speedy Tigers terus meningkatkan intensiti permainan dan hasilnya Azrai Aizad mencetak hatrik apabila mudah menolak bola ke gawang Pakistan pada minit ke-45 juga menerusi pukulan sudut penalti.

Namun, Pakistan kembali merapatkan kedudukan menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Sufyan pada minit ke-50, sebelum Hayat Zikriya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian hasil gol padang.

Malaysia kembali didepan pada minit ke-58 menerusi Shello Silverius untuk gol keempat namun disamakan semula oleh Sufyan seminit kemudian, sebelum Abu Bakar Mahmood
meledak gol kemenangan dengan menyempurnakan penalti stroke pada penghujung permainan.

Bagi ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh berkata, kesilapan mudah dilakukan anak buahnya membuat mereka dikecewakan Pakistan.

“Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik tetapi apabila anda melakukan kesilapan, anda akan dihukum. Kami sebenarnya ada peluang untuk menang tetapi pemain mula melakukan kesilapan di hujung perlawanan.

“Mereka mula terikut-ikut rentak penonton pada tiga hingga lima minit terakhir perlawanan. Jika pemain beraksi seperti biasa, saya rasa kita akan dapat keputusan sebaliknya,” kata Sarjit pada sidang media selepas tamat perlawanan di Stadium Hoki Azlan Shah, hari ini.

Untuk rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Oman Januari lalu berakhir dengan keputusan 3-3, manakala kali terakhir Malaysia melakar kemenangan ke atas Pakistan adalah pada 2023 di kempen Trofi Juara-Juara Asia (3-1).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya