Protes Pro-Palestin merebak ke universiti Eropah

Protes Pro-Palestin merebak ke universiti Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Protes Pro-Palestin yang tercetus di beberapa kampus di Amerika Syarikat merebak ke universiti di Eropah sehingga ramai pelajar berhimpun bagi menggesa Israel menoktahkan serangan di Gaza.

Antaranya melibatkan kampus di United Kingdom, Jerman, Perancis, Austria dan Switzerland.

Di kampus Amsterdam, ratusan peserta menyertai demonstrasi dengan pasukan polis terpaksa menggunakan baton dan menghancurkan khemah yang didirikan pelajar akibat keengganan mereka meninggalkan lokasi protes.

Ketika protes diteruskan pada malam semalam, penunjuk perasaan mendirikan sekatan untuk mengakses laluan yang diawasi oleh kerahan polis.

Pihak polis memaklumkan seramai 169 peserta ditahan semasa pihaknya cuba meleraikan protes berkenaan.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan turut mengadakan bantahan di luar pekarangan perpustakaan di Universiti Utrecht dan beberapa pelajar di Universiti Teknikal Delft.

Di bandar Leipzig, timur Jerman, hampir 60 pelajar memasuki dewan kuliah sambil mengibarkan sepanduk tertera: ‘Universiti menentang pembunuhan beramai-ramai’.

Pihak universiti memaklumkan penunjuk perasaan sanggup menghalang pintu dewan kuliah dari bahagian dalam dan mendirikan khemah.

Di Paris, pihak polis dua kali campur tangan di universiti berprestij, Sciences Po untuk menyuraikan kira-kira 20 pelajar yang membentuk sekatan di dewan utama.

Pasukan polis terpaksa masuk ke dewan itu bagi membenarkan pelajar lain mengambil peperiksaan.

Protes turut merebak di tiga universiti di Lausanne, Geneva dan Zurich di Switzerland.

Di Austria, puluhan pelajar sanggup mendirikan khemah dan memasang sepanduk dalam kampus di Universiti Vienna. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya