HULU SELANGOR: Para peniaga gerai sekitar Pasar Awam Kuala Kubu Bharu di sini merayu kemudahan awam tersebut segera dibuka bagi memudahkan penduduk mendapatkan barangan keperluan dan makanan. Ini kerana, pasar tersebut didakwa ditutup lebih dua tahun lalu bagi memberi laluan kepada kerja pengubahsuaian, namun sehingga kini masih belum dibuka walaupun proses tersebut didakwa sudah pun selesai. Seorang pekerja gerai jualan santan kelapa, Kamsiah Ahmad, 60, berkata, ketiadaan pasar tersebut bukan sahaja menyukarkan peniaga untuk berniaga, tetapi penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan harian. “Yang boleh berniaga cuma gerai-gerai di bahagian tepi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya