'Permainan Speedy Tigers paling teruk'

‘Permainan Speedy Tigers paling teruk’

PENYERANG Speedy Tiger, Faizal Saari (kanan) berjaya melepasi kawalan pemain Korea Selatan, Kim Hyeong Jin pada aksi kelima pusingan round robin Piala Sultan Azlan Shah ke-30 di Stadium Azlan Shah di sini, hari ini.UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketumpulan sentuhan penyudah menjadi ‘masalah’ kepada skuad Speedy Tigers susulan hanya mampu menang 1-0 ke atas Korea Selatan walaupun miliki deretan peluang.

Perkara itu diakui pengendali skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh berkata permainan diperagakan anak buahnya pada perlawanan ini adalah yang paling teruk namun bernasib baik keputusan memihak kepada Malaysia.

Tambahnya, pujian harus diberikan kepada penjaga gol, Hafizuddin yang banyak melakukan aksi menyelamat bagi memastikan gawang gol Malaysia tidak dibolosi.

“Saya rasa ini adalah permainan yang paling teruk sekali kita bermain, lawan juga bermain baik. Kita terlalu banyak berlari dengan bola dan pemain tidak membuka ruang sepatutnya.

“Sekali lagi kita mempunyai banyak peluang tetapi gagal menyudahkannya. Kita juga bernasib baik kerana Korea Selatan mempunyai banyak pukulan sudut penalti tetapi penjaga gol kita bermain dengan sangat baik. Kita tidak gembira dengan permainan tetapi gembira dengan keputusan.

“Kita mempunyai masalah sama pada perlawanan sebelum ini iaitu gagal menyudahkan peluang tapi ini merupakan perlawanan kelima untuk pasukan yang baru dibentuk ini, jadi saya rasa ia akan bertambah baik dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.


PENYERANG negara, Akhimullah Anuar Esook meraikan jaringan tunggal buat skuad hoki lelaki negara ketika aksi menentang Korea Selatan di Stadium Azlan Shah.-UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Pada aksi terakhir pusingan round robin Piala Sultan Azlan Shah, sebentar tadi, gol tunggal Akhimullah Anuar Esook menerusi gol padang pada minit ketujuh sudah cukup untuk memberi tiga mata kepada Malaysia.

Korea Selatan turut membazirkan peluang meskipun memiliki deretan pukulan sudut penalti berjumlah 12 kali sepanjang perlawanan namun buntu membolosi gawang negara yang dikawal Muhammad Hafizuddin Othman.

Sementara itu, Malaysia yang memiliki tujuh pukulan sudut penalti keseluruhan turut berdepan kesukaran menterjemahkan peluang itu dalam bentuk jaringan.

Keputusan berkenaan menyaksikan Speedy Tigers mencatat kemenangan ketiga daripada lima perlawanan pusingan round robin PSAS edisi ke-30 itu.

Empat perlawanan sebelum itu, Malaysia tewas 4-5 kepada Pakistan namun bangkit membelasah Kanada 6-2 dan mengejutkan New Zealand 6-4, sebelum tewas tipis 1-2 kepada Jepun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya