Penyokong Selangor penuhi stadium kali kedua berturut-turut

Penyokong Selangor penuhi stadium kali kedua berturut-turut

PENYOKONG-Penyokong Selangor FC sekali lagi bakal memenuhi Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi aksi menentang Negeri Sembilan, esok.-IHSAN SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) bakal menghadapi cabaran getir bermain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) esok selepas tiket bagi aksi  menentang Selangor FC habis terjual.

Situasi itu menyaksikan pemain ke-12 Selangor sangat ‘setia’ memberi sokongan padu kepada skuad Red Giants selepas perlawanan pertama ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC turut menyaksikan tiket habis terjual.

Dalam pada itu, skuad Hobin Jang Hobin yang menampilkan aksi positif ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu sehingga menerima pujian banyak pihak turun ke Petaling Jaya dengan misi memburu mata pertama.

Ketua jurulatih NSFC, Azzmi Ab. Aziz, berkata selepas aksi positif di Stadium Sultan Ibrahim tersebut semangat para pemainnya ketika ini berada di tahap yang baik malah mereka optimis untuk tampil lebih baik sekali gus mengutip mata dalam perlawanan menentang Selangor FC di Petaling Jaya, Ahad ini.

“Selepas aksi menentang JDT, motivasi dan semangat pemain memang positif, mereka menunjukkan boleh tampil dengan persembahan baik menentang pasukan yang mempunyai kualiti lebih baik seperti JDT.

“Menghadapi Selangor, saya mahu pemain beri fokus 100 peratus dalam perlawanan itu, berikan persembahan yang baik, main bola sepak yang bagus dan saya saya harap kami dapat keputusan yang positif,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Katanya, para pemain kini bebas daripada sebarang kecederaan bagi menghadapi Selangor namun terdapat dua pemain yang beraksi di kesebelasan utama minggu lalu tidak dapat diturunkan iaitu bek kiri, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan penyerang dari Myanmar, Hein Htet Aung kerana mereka berstatus pemain pinjaman dari pasukan Selangor.

“Sah mereka tidak akan dapat bermain Ahad ini jadi kami akan tampil dengan kesebelasan berbeza pada perlawanan itu nanti,” katanya lagi.

Sementara itu, kata Azzmi, pasukan kendaliannya mungkin akan sekali lagi menerapkan strategi bertahan dan kemudian melancarkan serangan balas pada aksi bertemu Merah Kuning itu.

Mungkin kami akan mula dengan lebih bertahan, bergantung kepada situasi perlawanan selepas 20 minit apabila permainan lebih terbuka kami akan lebih menyerang.

“Pasukan lawan iaitu Selangor juga kita tahu merupakan pasukan yang baik terutama selepas mereka menang dengan Kedah Darul Aman bagaimanapun saya harap ada keputusan positif untuk Negeri Sembilan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya