Penduduk Brazil mahu bina rumah di lokasi lebih tinggi elak banjir

Penduduk Brazil mahu bina rumah di lokasi lebih tinggi elak banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO ALEGRE: Banjir berterusan di selatan Brazil memaksa sebahagian daripada setengah juta penduduk yang dipindahkan untuk membina semula kediaman di kawasan lebih tinggi. 

Dua minggu selepas hujan lebat, menyebabkan paras air Sungai Guaiba yang mengalir di ibu negeri Porto Alegre kembali meningkat, setelah melepasi paras tertinggi sepanjang zaman. 

Di negeri Rio Grande do Sul, kawasan jalan di puluhan bandar ditenggelami air sehingga bertukar menjadi pemandangan sungai yang mengalir perlahan. 

Banjir yang mengorbankan 147 orang, dengan 127 yang lain masih hilang menyebabkan ratusan ribu keluarga menyelamatkan diri daripada musibah itu. 

Ia juga merekodkan antara perubahan iklim terbesar di Brazil. 

Menurut saintis, lokasi selatan Brazil yang merupakan pertemuan arus tropika dan kutub menyebabkan tempoh kemarau dan hujan semakin memburuk akibat perubahan iklim. 

Rekod kemusnahan di Rio Grande do Sul berikutan banjir tahun lalu, menyebabkan ratusan ribu penduduk dipindahkan dari rumah mereka. 

Datuk Bandar, Mateus Trojan berkata, hampir 5,000 penduduk di pekan kecil, Mucum perlu berpindah. 

Pihaknya merancang untuk membina semula 40 peratus bandar di tempat lain. 

Di sepanjang jalan di Mucum dan bandar-bandar berdekatan lain, banjir yang mulai surut memperlihatkan longgokan peralatan, pakaian dan perabot terbiar di depan rumah.   

Pakar Ekologi di Rio Grande Federal University, Prof. Marcelo Dutra memberi amaran tiada alternatif lain bagi menempatkan penduduk di beberapa bandar di negeri ini melainkan ditempatkan semula seluruh kawasan kejiranan. 

“Kita perlu mengalihkan infrastruktur bandar dari persekitaran berisiko tinggi dan mengembalikan ruang ke sungai supaya ia tidak lagi memberi kesan kepada bandar. 

“Kita tidak boleh menentang alam semula jadi. Kita perlu sedar dengan kuasa ini yang memberitahu kita perlu menghormati alam semula jadi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya