Pemilik hospital, doktor diberkas kes tujuh bayi maut di India

Polis tahan pemilik hospital selepas kebakaran ragut tujuh bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pemilik Pusat Penjagaan Bayi di sebuah hospital di Vivek Vihar, timur Delhi termasuk seorang doktor lelaki diberkas pihak polis selepas insiden kebakaran yang menyebabkan tujuh bayi maut, Sabtu lalu. 

Pemilik premis itu, Dr. Naveen Khichi, 45, melarikan diri selepas kebakaran itu dan turut mengendalikan banyak operasi hospital lain di sekitar Delhi. 

Dr. Akash, 25, pula ditahan kerana bertugas pada malam kejadian ketika kebakaran berlaku.. 

Pihak polis berkata, hospital swasta itu tetap menjalankan operasi walaupun tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan sudah  tamat sejak dua bulan lalu. 

Jelasnya, hospital itu juga tidak mempunyai doktor bertauliah yang bertugas semasa kejadian. 

“Pihak hospital hanya dibenarkan menempatkan lima pesakit, tetapi terdapat 12 bayi baru lahir berada di wad ketika itu. 

“Lebih menyedihkan kesemua bayi itu hanya dipantau oleh dua jururawat dan seorang doktor,” katanya lapor NDTV. 

Jabatan bomba memaklumkan sebuah gas silinder oksigen yang disimpan di bangunan dua tingkat itu meletup sehingga menyebabkan bangunan bersebelahan mengalami kerosakan akibat kebakaran. 

Tidak lama kemudian, katanya, asap tebal menyelubungi seluruh bangunan sehigga menyebabkan kekecohan di bahagian dalam bangunan itu. 

Anggota bomba turut mengalami kesukaran ketika operasi pemadaman api disebabkan lorong yang sempit. 

“Beberapa orang awam dilihat berkumpul di lokasi itu dan merakam video. Ramai yang cuba datang mendekati dan memadamkan api.

“Satu lagi cabaran yang kami hadapi ialah tiada sumber air. Wayar elektrik juga tergantung rendah dan mendatangkan masalah besar,” katanya. 

Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Perlindungan Hak Kanak-kanak (NCPCR), Priyank Kanoongo berkata, pasukan suruhanjaya itu akan melawat hospital untuk menyiasat kejadian berkenaan.

Seorang saksi berkata, orang awam yang melihat kebakaran itu cuba memanjat dinding dan bahagian belakang bangunan untuk menyelamatkan bayi yang baru lahir. 

Seorang penduduk, Ravi Gupta berkata, penduduk tempatan adalah orang pertama yang memasuki hospital yang terbakar dan berusaha membawa keluar sejumlah bayi yang berusia antara sehari hingga 25 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya