Pemegang visa pelancong dilarang masuk Mekah masa musim haji

Pemegang visa pelancong dilarang masuk Mekah masa musim haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan sekatan kemasukan ke Mekah bagi pemegang semua jenis visa pelancong dari 23 Mei hingga 21 Jun depan. 

Tempoh itu bertepatan dengan musim haji bagi tahun ini, lapor Saudi Gazette. 

Jelas kementerian itu, visa pelancong tidak meliputi kelulusan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu. 

“Pelawat yang berada di Arab Saudi dengan visa pelancong dinasihati supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke Mekah semasa tempoh itu.

“Ini bagi mengelakkan mereka dikenakan denda di bawah peraturan-peraturan kerajaan,” katanya.  

Langkah-langkah itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada persiapan untuk memastikan keselamatan jemaah haji yang diberikan kelulusan dan membenarkan mereka untuk menunaikan ibadah dengan lancar tanpa sebarang gangguan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya