Pembeli terkejut jumpa badan tikus dalam bungkusan roti

Pembeli terkejut jumpa badan tikus dalam bungkusan roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pembekal makanan utama Jepun menarik balik lebih 104,000 pek jenama popular hirisan roti putih selepas cebisan badan tikus ditemukan dalam dua bungkusan makanan tersebut.

Penarikan balik roti itu melibatkan produk Chojuku Yamagata yang dihasilkan di Kilang Pasco Tama di barat Tokyo dengan tarikh luput antara 7 Mei dan 11 Mei.

Langkah penarikan semula produk diambil selepas dua pelanggan melaporkan objek menyerupai haiwan kecil ditemukan dalam paket kepingan roti yang kemudian disahkan sebagai bahagian tubuh tikus.

Dalam satu kenyataan, Pasco Shikishima Corporation berkata, pihaknya sedang menyiasat bagaimana bahagian haiwan kecil itu boleh berada di dalam dua paket roti tersebut.

Namun jelasnya, tiada pelanggan yang mengadu jatuh sakit setakat ini selepas mengambil produk itu.

“Kami akan menarik balik produk yang dihasilkan di rangkaian kilang yang sama dan menghentikan talian pengedaran berkenaan untuk sementara waktu bagi menentukan punca dan langkah seterusnya,” katanya dipetik CNN.

Kes tersebut merupakan siri skandal terbaharu keselamatan makanan ekonomi kedua terbesar Asia itu, yang mempunyai reputasi untuk kebolehpercayaan eksport makanannya.

Pada bulan Mac, pihak berkuasa kesihatan Jepun mengarahkan penarikan tiga produk makanan tambahan yang dihasilkan oleh Kobayashi Pharmaceutical berikutan kematian beberapa pengguna. 

Ogos lalu, pembekal makanan Warabeya Nichiyo mendedahkan dua contoh lipas ditemui di dalam bebola nasinya yang dijual di kedai serbaneka 7-Eleven di Saitama, utara Tokyo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya