NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melaksanakan sesi pengundian berhubung resolusi menuntut pengiktirafan Palestin sebagai negara anggota penuh badan dunia itu, hari ini.
Langkah itu juga bertindak sebagai tinjauan global bagi menyokong permohonan keanggotaan penuh Palestin dalam pertubuhan antarabangsa berkenaan.
Pembantu Menteri Luar Palestin untuk PBB dan agensinya, Omar Awadallah memaklumkan Palestin memenuhi syarat-syarat untuk penerimaan keahlian seperti dinyatakan dalam Artikel 4 Piagam PBB.
Resolusi itu perlu mendapatkan undi dua pertiga di UNGA untuk diluluskan.
Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang dianggotai 193 negara, kira-kira pukul 10 pagi waktu New York (10 malam waktu Malaysia). -AGENSI