PBB: 10,000 mayat di Gaza belum dikenal pasti - Utusan Malaysia

PBB: 10,000 mayat di Gaza belum dikenal pasti

MAYAT ditemukan di Hospital Nasser di Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Angka kematian di Semenanjung Gaza akibat konflik Israel-Hamas sudah melebihi 35,000 orang, namun Kementerian Kesihatan Gaza menyemak semula pecahan kematian tersebut.

Ini selepas Israel mempersoalkan perubahan mendadak bilangan tersebut menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, angka yang sering disebut oleh PBB dalam laporan konflik selama tujuh bulan itu kini merekodkan 24,686 kematian kerana ‘angka itu sudah dikenal pasti sepenuhnya’. 

“Terdapat kira-kira 10,000 mayat yang masih perlu dikenal pasti sepenuhnya dan kemudian butiran mengenai mangsa kanak-kanak dan wanita akan direkodkan semula selepas proses pengecaman penuh selesai,” katanya lapor Reuters.

Menurut Haq, angka itu adalah bagi mayat yang dikenal pasti iaitu seramai 7,797 kanak-kanak, 4,959 wanita, 1,924 warga emas dan 10,006 lelaki. 

“Kementerian kesihatan memaklumkan proses dokumentasi bagi mengenal pasti sepenuhnya butiran mangsa sedang berjalan,” katanya. 

Haq berkata, pasukan PBB di Gaza tidak dapat mengesahkan secara bebas angka yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza memandangkan serangan yang masih berlanjutan dan jumlah kematian yang tinggi. 

“Kami mempunyai pengalaman yang menyedihkan untuk menyelaraskan angka korban dengan Kementerian Kesihatan setiap beberapa tahun untuk insiden korban besar-besaran di Gaza. 

“Namun, angka kematian bagi serangan sebelum ini secara amnya terbukti tepat,” tegasnya.  

Sementara itu, Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Harris berkata, badan itu sudah lama menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan di Gaza. 

Jelasnya, pihak kementerian itu mempunyai kapasiti yang baik dalam pengumpulan, analisis data serta laporan sebelum ini boleh dipercayai.

“Angka sebenar mungkin lebih tinggi,” katanya. 

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel, Oren Marmorstein menuduh pejuang Palestin memanipulasi angka kematian berkenaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya