Pakistan mudah 'ratah' Korea Selatan

Pakistan mudah ‘ratah’ Korea Selatan

PEMAIN-Pemain Pakistan meraikan gol ketika menentang Korea Selatan di Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah malam tadi.-IHSAN PERAK HOKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pakistan terus mempamerkan kualiti sebagai bekas juara Olimpik dan Piala Dunia apabila melakar kemenangan kedua di kempen Piala Sultan Azlan Shah 2024.

Kemenangan kedua itu dicatat Pakistan selepas menewaskan Korea Selatan 4-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi.

Pesta gol Pakistan bermula pada minit ketiga menerusi bintang muda mereka, Hannan Shahid yang menerusi larian solo sebelum melakukan pukulan deras di sebelah kanan penjaga gol lawan, Kim Jaehyeon.

Gawang Korea Selatan terus bocor dan kali ini menerusi penyudah Arshad Liaqat pada minit ke-20 hasil gol padang.

Tersentak dengan jaringan itu, Korea Selatan cuba bangkit dan berjaya memperolehi tiga pukulan sudut penalti pada babak pertama namun gagal menyempurnakan dalam bentuk gol.

Sebaliknya, Pakistan menggandakan kelebihan gol menerusi jaringan padang yang diledak oleh Ghazanfar Ali pada minit ke-27.

Ketika perlawanan memasuki 10 minit terakhir, Sufyan Khan melengkapkan kemenangan bergaya Pakistan selepas menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-50.

Dalam perlawanan itu, menyaksikan Korea Selatan mengumpul enam pukulan sudut penalti tetapi gagal menjaringkan gol manakala Pakistan memperolehi lima pukulan sudut penalti dengan menyempurnakannya satu.

Terdahulu, Pakistan dipaksa bekerja keras untuk menewaskan Malaysia 5-4 pada perlawanan pertama PSAS edisi ke-30, semalam.

Untuk rekod, Korea Selatan berada di ranking ke-11 dunia manakala Pakistan dikedudukan 15 dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya