Mudah berkahwin, mudah juga untuk bercerai. Tidak keterlaluan dikatakan itu trend yang sedang berlaku dalam kalangan anak muda ketika ini. Seawal usia 20-an ramai yang membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, namun kebanyakannnya terkandas di tengah jalan. Lebih menyedihkan, apabila usia perkahwinan baru sahaja mencecah beberapa bulan. Kata orang, setahun jagung. Bukan omong kosong, perkara itu disahkan peguam syarie, Nuraffiqa Abd. Razak yang banyak mengendalikan kes sedemikian. Katanya, statistik perceraian yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi 2021 dan 2022 lalu menunjukkan peningkatan dalam kes perceraian di Malaysia. “Daripada jumlah itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya