Norza lepaskan jawatan presiden BAM, Ogos ini

Norza lepaskan jawatan presiden BAM, Ogos ini

MOHAMAD NORZA ZAKARIA tidak lagi memegang jawatan dalam BAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bakal meletakkan jawatan beliau dalam badan induk berkenaan secara rasmi pada 24 Ogos ini sejurus tamatnya Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza berkata, tarikh melepaskan jawatan itu diputuskan berikutan mahu menumpukan sepenuh perhatiannya menjelang Olimpik selaku presiden Kehormat Badminton Asia serta Ahli Lembaga Majlis Olimpik Asia (OCA).

“Setelah perbincangan dari semua ahli majlis, saya meletakkan jawatan saya sebagai presiden BAM selepas Olimpik Paris melabuhkan tirainya.

“Jawatan saya akan dikelola oleh Naib Presiden 1 selaku pemangku presiden sehingga pilihan raya akan dibuat yang mana akan dijadualkan pada tahun depan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM, di Axiata Arena, semalam.

Terdahulu, Norza mempertimbangkan mahu melepaskan peranan beliau selaku presiden BAM dan turut mahu mengundurkan diri daripada jawatan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas Sukan Olimpik Paris 2028.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa beliau menangguhkan perletakkan jawatannya sebagai presiden BAM berikutan mahu mengelak perubahan kepimpinan sebelum temasya empat tahun sekali itu bermula.

Dalam pada itu, Naib Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam memaklumkan beliau akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku presiden BAM sehingga pilihan raya yang dijadualkan pada 2025 depan.

Menurutnya, beliau akan meneruskan legasi Norza ketika menjadi presiden dan memastikan segala perancangan dan perkembangan diteruskan demi menambah baik badan induk terbabit.

“Saya akan meneruskan segala perancangan Tan Sri dengan sokongan ahli majlis BAM. Walaupun tanggungjawab ini besar, saya yakin dengan pengalaman saya dalam bidang badminton mampu mencapai tahap yang lebih tinggi,” kata Subramaniam ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Subramanian berkecimpung dalam sukan badminton sejak 1980an di BAM dan kini beliau merupakan presiden Persatuan Badminton Selangor (SBA).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya