Misi emas Olimpik pertama Malaysia tidak mustahil

Misi emas Olimpik pertama Malaysia tidak mustahil

HANNAH Yeoh (tiga dari kanan) ketika majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat negeri Perlisdi Dataran Lok 9, Kuala Perlis di sini semalam. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Misi membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak mustahil direalisasikan jika para atlet mempunyai keyakinan dan berusaha bagi meraih pencapaian tersebut.

Antara atlet yang telah menyatakan keyakinan meraih pingat emas Olimpik pertama negara itu ialah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang; pemain perseorangan profesional badminton lelaki negara, Lee Zii Jia dan pasangan regu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Jika Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman berjaya ia juga bakal
melengkapkan koleksi warna pingat yang dimenanginya di pentas Olimpik selepas memperoleh pingat perak dan gangsa acara keirin masing-masing pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun dan 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Manakala pasangan Aaron dan Wooi Yik pula meraih pingat gangsa pada edisi 2020 di Tokyo dan Olimpik Paris dilihat menjadi platform terbaik untuk mereka mencipta sejarah meraih pingat emas pertama negara itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, para atlet tersebut sudah mempunyai kemahiran dan sekarang keyakinan mereka semasa bertarung nanti di mana tidak ada siapa boleh bantu kecuali diri sendiri.

Katanya, pada masa ini, para atlet berada pada momentum terbaik dan perlu dipastikan agar mereka berada dalam keadaan terbaik serta tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum bermulanya saingan Olimpik berkenaan.

“Ia kita hendak pingat emas pertama, Malaysia belum berjaya dapatkan emas Olimpik lagi dan itu sasaran kita kali ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat negeri ini di Dataran Lok 9, Kuala Perlis di sini semalam.

Tambah Hannah, dalam usaha ke arah itu, kerajaan juga telah memberikan segala bentuk bantuan yang diperlukan bagi tujuan tersebut.

“Saya rasa dalam aspek kemahiran itu atlet-atlet kita sudah ada cumanya sekarang adalah keyakinan mereka sewaktu bertanding nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata, Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang ditubuhkan sebelum ini juga adalah merupakan persediaan bagi dua pusingan penganjuran Sukan Olimpik iaitu di Paris pada tahun ini dan Los Angeles pada 2028.

Katanya, jawatankuasa RTG itu juga telah mula bergerak awal bagi melakukan persediaan dalam menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles nanti.

“Untuk Los Angeles nanti, kita sudah gerak dan masukkan fast track atlet untuk skuash kerana sukan itu akan dipertandingkan pada temasya berkenaan nanti.

“Setakat ini Malaysia memang belum berjaya meraih pingat emas tapi saya mahukan kita mempunyai keyakinan dan berusaha bagi meraih pencapaian tersebut,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa lagi atlet negara dijangka bakal mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris nanti menerusi tiket wild card.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya