REDMOND: Microsoft sedang membangunkan satu model bahasa Kecerdasan Buatan (AI) untuk bersaing dengan Google dan OpenAI.
Model baharu yang dirujuk sebagai MAI-1 oleh Microsoft, sedang diuruskan oleh Mustafa Suleyman yang baru diambil bekerja oleh syarikat itu, menurut laporan yang menemubual dua kakitangan Microsoft yang arif mengenai projek tersebut.
Mustafa ialah pengasas bersama Google Deepmind dan bekas CEO syarikat pemula AI, Inflection.
Matlamat sebenar model itu belum lagi ditentukan dan akan bergantung kepada keupayaannya.
Microsoft akan meninjau model baharu itu seawal bulan depan di sidang ‘Build’ buat para pembina.
MAI-1 akan ‘jauh lebih besar’ daripada model-model sumber terbuka dan lebih kecil yang pernah diuji Microsoft. Ini bermakna, usaha terkini itu akan menelan kos jauh lebih tinggi.
Bulan lalu, Microsoft melancarkan satu model kecerdasan buatan lebih kecil dipanggil ‘Phi-3-mini’ ketika pihaknya sedang meneroka cara untuk menarik lebih ramai klien dengan menawarkan pilihan cekap kos.
Syarikat itu melaburkan berbilion dolar dalam OpenAI dan menggunakan teknologi pencipta ChatGPT dalam pelbagai perisian produktiviti, membolehkannya mendapat kelebihan dalam persaingan membabitkan AI generatif.
Microsoft juga giat mengetepikan kelompok pelayan besar yang dilengkapi dengan unit pemprosesan grafik Nvidia dengan jumlah data yang besar untuk memperhalusi model tersebut.
MAI-1 dijangka mempunyai 500 bilion parameter berbanding satu trilion parameter GPT-4 milik OpenAI dan 3.8 bilion parameter Phi-3.
Microsoft melantik Mustafa sebagai Ketua Unit AI Pelanggan Mac lalu, dan menggajikan beberapa pekerja Inflection.
Model terbaharu tidak diambil dari Inflection, meskipun ia mungkin lanjutan kepada data latihan daripada syarikat pemula itu.-REUTERS