RIO DE JANEIRO: Lebih daripada sejuta orang memenuhi Pantai Copacabana, Brazil untuk konsert percuma Madonna Sabtu lalu dalam siri jelajah dunianya. Pasir dan jalan raya tepi lautan di sekitar pantai terkenal Rio de Janeiro itu dipenuhi oleh orang ramai yang dianggarkan berjumlah 1.6 juta orang. Ramai berada di sana selama berjam-jam atau bahkan berhari-hari untuk mendapatkan tempat yang baik manakala peminat yang lebih kaya berlabuh di berpuluh-puluh bot berhampiran pantai dan ada juga penonton memenuhi pangsapuri berhadapan pantai. Anggota bomba menyembur air sebelum konsert apabila suhu melebihi 30 darjah Celsius…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya