Liga Arab gesa China bantu tamatkan konflik di Gaza

Liga Arab gesa China bantu tamatkan konflik di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menegaskan pencerobohan terhadap Gaza selama lebih lapan bulan menandakan titik perubahan dalam sejarah di Asia Barat. 

Beliau berkata, terdapat rasa kekecewaan yang mendalam terhadap ketidakupayaan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini. 

Ahmed malah menggesa China sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan yang lebih penting dalam mengukuhkan konsensus global mengenai penyelesaian dua negara. 

“Ia boleh membawa kepada laluan yang boleh dipercayai dan tidak boleh diubah untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka sejak 4 Jun 1967 yang bersempadan dengan Baitulmuqaddis timur sebagai ibu kotanya.

“Kami menghargai peranan dan sokongan teguh China demi keadilan rakyat Palestin serta hak mereka dalam menentukan nasib sendiri dan penubuhan negara merdeka,” katanya lapor Arab News. 

Beliau berkata demikian pada sesi pembukaan mesyuarat peringkat menteri ke-10, Forum Kerjasama China-Arab di Beijing. 

Forum itu diasaskan pada 2004 di Kaherah termasuk ahli Liga Arab. 

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian itu. 

Pemimpin dari Bahrain, Mesir, Tunisia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut hadir. 

Ahmed berkata, penubuhan Liga Arab dan negara anggota bertujuan untuk meningkatkan kestabilan serantau. 

Katanya, pihaknya berusaha membendung krisis sedia ada, menyelesaikan secara aman dan mengurangkan ketegangan melalui hubungan seimbang dengan negara jiran berdasarkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara.  

Beliau malah menjelaskan Liga Arab komited melakukan segala usaha demi membina masa depan yang terjamin antara kedua-dua masyarakat Arab dan China. 

Jelasnya, pihkanya juga menyatakan sokongan terhadap kedaulatan dan integriti wilayah China serta mengekalkan komitmen teguh terhadap prinsip satu China. 

“Kami berhasrat untuk memajukan perkongsian strategik antara negara-negara Arab dan China untuk masa depan yang lebih baik, mengukuhkan mekanisme kerjasama dan mencari penyelesaian politik kepada isu-isu yang menjadi perhatian bersama di hadapan serantau dan antarabangsa.

“Pengaruh China terhadap  masa depan dunia adalah jelas dan sangat dihargai. Pengalaman China mencapai kemajuan dan kebangkitan amat dikagumi oleh dunia Arab,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya