JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) terus melarang lebih 5,000 penduduk Pulau Tagulandang, Sulawesi Utara yang terjejas akibat letusan Gunung Ruang daripada meninggalkan lokasi pemindahan. Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari berkata, langkah itu diambil demi keselamatan penduduk berikutan kebimbangan letusan lebih besar. “Tunggu sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu, jika keadaan gunung berapi itu semakin menurun dan disahkan normal, mereka yang dipindahkan akan dipulangkan ke rumah,” katanya lagi. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh pasukan BNPB, gunung berapi itu menjadi lebih stabil kerana tidak lagi memuntahkan abu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya