Lebih 39 maut hujan lebat di selatan Brazil - Utusan Malaysia

Lebih 39 maut hujan lebat di selatan Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya 39 orang maut dan 68 masih hilang akibat hujan lebat yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil. 

Pihak berkuasa tempatan menjangka angka kematian akan meningkat kerana puluhan lagi mangsa masih hilang. 

Banjir itu direkodkan sebagai bencana paling buruk kerana menjejaskan lebih separuh daripada 497 bandar di negeri itu, manakala 24,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.  

Untuk rekod, ini adalah bencana kali keempat dalam tempoh setahun selepas banjir berlaku pada Julai, September dan November tahun lalu yang mengorbankan 75 mangsa. 

Perkhidmatan Geologi Brazil memaklumkan banjir yang berlaku di negeri itu mengatasi rekod terburuk pada 1941, kerana beberapa paras air di beberapa bandar menyaksikan rekod tertinggi sejak 150 tahun lalu. 

Khamis lalu, sebahagian empangan hidroelektrik antara bandar Bento Goncalves dan Cotipora runtuh dan seluruh bandar di Sungai Taquari seperti Lajeado dan Estrela digenangi air. 

Di bandar Feliz, 80 kilometer dari ibu negeri, Porto Alegre air sungai yang melimpah menghanyutkan jambatan yang menghubungkan dengan bandar Linha Nova. 

Bekalan elektrik, air dan komunikasi dilaporkan terputus di seluruh negeri. -AP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya