TEHRAN: Pemimpin-pemimpin paksi penentangan termasuk Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh membincangkan perihal perang di Gaza sewaktu pertemuan di Tehran, di luar majlis pengebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi. Paksi penentangan ini menyatukan sekutu-sekutu serantau Iran dalam memerangi Israel termasuk gerakan Palestin Hamas, Hezbollah Lebanon, Houthi Yemen dan kumpulan bersenjata Syiah Iraq. Pemimpin pergerakan ini bertemu selepas menghadiri upacara pengebumian yang dianjurkan di Tehran bagi memberi penghormatan kepada Ebrahim yang meninggal dunia pada Ahad lalu dalam nahas helikopter di barat laut Iran. Mesyuarat itu dihadiri oleh Ismail serta Timbalan Hezbollah, Naim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya