Korea Utara uji peluru berpandu taktikal - Utusan Malaysia

Korea Utara uji peluru berpandu taktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara menguji peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi ‘sistem navigasi autonomi baharu’, di Laut Timur, semalam.

Pemimpin negara itu, Kim Jong Un berikrar untuk meningkatkan kuasa nuklear dan menyelia pelancaran ujian senjata itu, lapor agensi berita pusat Korea (KCNA).

Jelasnya, ujian itu bertujuan menguji ‘ketepatan dan kebolehpercayaan sistem navigasi autonomi.

Pelancaran itu adalah siri ujian terkini dalam rentetan ujian yang lebih canggih oleh Korea Utara, yang melepaskan peluru berpandu pelayaran, roket taktikal dan senjata hipersonik sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pelancaran itu diadakan beberapa jam selepas kakak pemimpin negara itu, Kim Yo Jong menafikan dakwaan Seoul dan Washington bahawa Pyongyang menghantar senjata ke Russia untuk digunakan dalam peperangan di Ukraine.

Tentera Seoul menyifatkan ujian itu sebagai ‘beberapa objek terbang yang dianggap sebagai peluru berpandu balistik jarak dekat’ dari kawasan Wonsan, timur Korea Utara ke perairan di luar pantainya.

Ketua Turus Bersama di Seoul berkata, peluru berpandu itu dianggarkan bergerak sejauh 300 kilometer sebelum jatuh ke perairan antara Korea Selatan dan Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya