Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan mencatatkan suhu paling panas pada April lalu sejak rekod menyeluruh pada 1973, dengan purata suhu harian lebih tinggi daripada 2.5 darjah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jabatan Meteorologi negara itu melaporkan suhu purata negara tertinggi untuk April adalah 14.9 darjah Celsius (58.8 darjah Fahrenheit) tahun ini.

Cuaca panas terik bukan sesuatu yang asing apabila beberapa kawasan di Asia mengalami gelombang haba melepasi suhu pecah rekod dari Myanmar hingga Filipina.

Cuaca panas melanda sebahagian besar negara Asia Selatan dan Asia Tenggara, dengan suhu pecah rekod di Chauk, Myanmar dan ibu negara Filipina, Manila, sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pihak berkuasa Thailand mengeluarkan amaran mengenai suhu panas melampau, manakala pihak berkuasa di Kemboja, Myanmar, Vietnam, India dan Bangladesh, meramalkan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Kawasan utara di Jepun turut terjejas, dengan suhu di Sapporo pada bulan lalu melepasi 25 darjah Celsius.

Saintis memberi amaran keadaan itu akan menjadi lebih kerap akibat perubahan iklim. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya