Kelantan FC sah tarik diri dari Liga A1 Semi Pro

KELANTAN FC tidak akan beraksi di saingan Liga A1 Semi Pro (dulu dikenali Liga M3) 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan FC mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kempen Liga A1 Semi Pro (dulu dikenali Liga M3) pada saingan musim 2024.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan menerusi Facebook TFW Kelantan FC, keputusan untuk tarik diri telah dibuat setelah beberapa penilaian dan pertimbangan teliti dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan.

“Kelantan FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Liga Bola Sepak Amatur (AFL) di atas persetujuan dan penerimaan untuk pasukan Kelantan FC beraksi di Liga A1 Semi-Pro.

“Namun, selepas pertimbangan yang teliti, keutamaan pasukan ketika ini adalah untuk menyelesaikan terlebih dahulu isu dalaman seperti menyelesaikan baki gaji pemain musim lepas yang masih tertunggak.

“Selain itu, kami mahu menyelesaikan kes-kes FIFA bagi membersihkan nama baik pasukan Kelantan FC. Kami percaya menyelesaikan kewajipan isu tunggakkan gaji adalah penting sebelum memulakan sebarang usaha baru.

“Kelantan FC dengan ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kekecewaan yang mungkin timbul kepada pihak AFL dan pihak berkepentingan,” menurut kenyataan tersebut.

Untuk rekod, AFL sebelum ini telah memberikan talian hayat kepada The Red Warriors untuk mendaftarkan minimum 20 pemain sebelum tarikh perpindahan ditutup hari ini.

Pasukan berpangkalan di Pantai Timur hanya mengesahkan kehadiran ketua jurulatih, Manja Man dengan status pemain-pemain yang ditandatangani pada musim baharu masih lagi belum didedahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya