Kanada akhiri kempen PSAS tanpa kemenangan

Kanada akhiri kempen PSAS tanpa kemenangan

PEMAIN Kanada, Matthew Sarmento cuba mengejar pemain Korea Selatan pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POH: Kanada menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 tanpa sebarang kemenangan selepas dibelasah Korea Selatan 4-1 pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam di Ipoh, sebentar tadi.

Keputusan itu, menyaksikan skuad kendalian Min Taeseok menamatkan kempen PSAS edisi ke-30 di kedudukan kelima manakala Kanada di tempat keenam.

Pada aksi itu, Kong Yoonho membuka tirai jaringan pada minit ke-15, disusuli ledakan Lim Dohyun yang menyempurnakan pukulan sudut penalti seminit kemudian.

Pintu gol Kanada terus dirobek pada suku kedua, dengan giliran Seo Inwoo mencetak gol ketiga hasil gol padang pada minit ke-17 dan Jung Hyunho menyudahkan pukulan sudut penalti (m-24) bagi jaringan keempat buat Korea Selatan.

Kanada memperolehi gol saguhati pada minit ke-50 menerusi pukulan sudut penalti disudahkan Harbir Sidhu.

Kemenangan itu juga melebarkan rekod menang Korea Selatan kepada 10 daripada 13 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak Sukan Olimpik 1988 di Seoul.

“Hari ini kami bermain dengan baik dan saya gembira kerana pemain-pemain mengikuti segala perancangan dan taktikal dibuat. Selepas ini kami pulang ke Korea untuk persediaan di Kejohanan Piala Negara-negara.

“Kita juga berjaya menyudahkan dua pukulan sudut penalti yang memberi kita gol daripada empat yang diperolehi.

“Enam perlawanan yang diharungi di sini memberi pengalaman sangat berguna kepada pemain-pemain saya. Akhir sekali, terima kasih kepada MHC(Konfederasi Hoki Malaysia) dan Persatuan Hoki Perak kerana menganjur kejohanan yang bagus seperti ini,” kata ketua jurulatih Korea Selatan Min Taeseok selepas perlawanan.

Untuk rekod, pada aksi round robin PSAS 2024, Korea Selatan hanya mampu menang 1-0 ke atas Kanada pada Selasa lalu (7 Mei).

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan menyertai Piala Negara-negara di Gniezno, Poland pada 31 Mei hingga 9 Jun nanti.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya