JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) terkejut Indonesia masih kekurangan doktor. Menurutnya, kekurangan doktor pakar dan pengamal am perlu segera diisi dan kerajaan baharu mesti dapat memanfaatkan bonus demografi yang bakal dimiliki Indonesia dalam beberapa tahun akan datang. Jokowi berkata demikian ketika melancarkan Program Pendidikan Doktor Pakar Berasaskan Hospital Pengajaran sebagai Penganjur Utama atau Berasaskan Hospital (PPDS RSPPU) di pekarangan Hospital Kanak-Kanak dan Ibu Harapan Kita, Jalan Letjen S Parman, Jakarta. “Tadi, Menteri Kesihatan mengatakan masih kekurangan 124,000 pengamal am, 29,000 doktor pakar. Ini bukan angka kecil. Ini harus segera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya