Jennie Blackpink sumbang RM344,000 bagi pembinaan sekolah

Jennie Blackpink sumbang RM344,000 bagi pembinaan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Organisasi bukan berasaskan keuntungan, Habitat For Humanity Korea mengumumkan menerima sumbangan berjumlah 100 juta won (RM344,000) daripada anggota Blackpink, Jennie.

Sumbangan itu disalurkan bagi menyokong projek untuk golongan belia di Korea Selatan atas nama Blinks, iaitu kelab peminat Blackpink.

Sijil penajaan yang diperoleh oleh akhbar berita Korea Selatan, Newsen menunjukkan sumbangan itu akan digunakan untuk pembinaan Sekolah Alternatif Antrabangsa Rodemnamu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jennie dan Blinks atas sumbangan berharga mereka.

“Sumbangan ini sudah pasti akan diingati selalu,” tulis sijil itu.

Sekolah itu terletak di bandar Anseong, wilayah Gyeonggi, Korea Selatan yang akan menempatkan dan mendidik remaja Koryoin iaitu entik Korea dari negeri pasca-Soviet.

Jennie ialah salah seorang daripada empat ahli kumpulan gadis K-pop Blackpink, bersama Jisoo, Rose dan Lisa.

Pada Disember 2023, empat wanita itu memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment untuk aktiviti berkumpulan. Bagaimanapun, mereka tidak memperbaharui kontrak untuk aktiviti individu.

Pada bulan sama, Jennie menubuhkan agensinya sendiri, Odd Atelier untuk menguruskan aktiviti solonya. Sejak itu, Jennie muncul dalam rancangan Apartment 404 dan merupakan artis jemputan dalam lagu hit Zico, Spot!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya