Israel perdaya 1.4 juta pelarian di Rafah - Utusan Malaysia

Israel perdaya 1.4 juta pelarian di Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, Israel tidak mempunyai ‘rancangan yang boleh dipercayai’ bagi melindungi kira-kira 1.4 juta orang awam Palestin di Rafah.  

Beliau memberi amaran serangan Israel boleh mencetuskan pemberontakan apabila gagal membunuh semua pejuang Hamas di selatan Gaza. 

“Tindakan Israel akan menimbulkan pemberontakan apabila ramai pejuang Hamas tidak berjaya diserang,” katanya.  

Menurut Blinken, pejuang Hamas sudah kembali ke kawasan utara Gaza, sedangkan Israel mendakwa sudah membersihkan kawasan itu sepenuhnya.     

Rancangan menceroboh Rafah yang dilancarkan oleh tentera Israel hanya mencetuskan ketegangan paling mendalam hubungan antara Israel dengan sekutu utamanya sejak beberapa generasi. 

NBC dan CBS News menyiarkan temu bual dengan Blinken mengenai keputusan Presiden, Joe Biden bagi menghentikan penghantaran bom ke Israel kerana bimbang kematian orang awam akan meningkat di Rafah.

Jabatan Negara AS melaporkan senjata yang dibekalkan oleh AS yang digunakan oleh Israel melanggar undang-undang antarabangsa. 

Katanya, penggunaan infrastruktur dan terowong oleh Hamas ‘membuatnya sangat sukar untuk dikesan terutamanya di tengah-tengah konflik peperangan’. 

Tegasnya, Israel perlu mempunyai rancangan yang jelas dan boleh dipercayai bagi melindungi orang awam Palestin.  

Rafah menampung kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin, yang kebanyakannya berpindah dari tempat lain di Gaza. Pertempuran dan pengeboman Israel memusnahkan kawasan pinggir laut itu.  

Israel juga belum membangunkan rancangan pasca perang untuk keselamatan, tadbir urus dan pembinaan semula Gaza.    

“Kami mempunyai objektif yang sama seperti Israel. Kami mahu memastikan Hamas tidak dapat mentadbir Gaza lagi. 

Sejak serangan tercetus di Semenanjung Gaza 7 Oktober lalu, seramai 35,034 rakyat Palestin terbunuh, 78, 755 cedera dan 11, 000 yang lain menjadi pelarian. 

Israel pula merekodkan 620 tenteranya terbunuh sejak serangan berkenaan.  

SASAR JABALIA 

Israel menghantar kereta kebal ke timur Jabalia di utara Semenanjung Gaza, Ahad lalu, selepas melancarkan pengeboman udara dan darat sehingga membunuh 19 orang awam dan mencederakan beberapa penduduk yang lain di Rafah.  

Jabalia merupakan antara lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza dan menempatkan lebih 100,000 orang.  

Kebanyakannya adalah keturunan Palestin yang dihalau dari kawasan bandar dan kampung.  

Sabtu lalu, tentera Israel berkata, pasukan yang beroperasi di Jabalia menghalang Hamas daripada mewujudkan semula keupayaan ketenteraan di lokasi tersebut. 

Jurucakap Tentera Israel, Laksamana Daniel Hagari berkata, pihaknya sudah mengenal pasti sejak beberapa minggu lalu percubaan Hamas untuk memulihkan keupayaan ketenteraan di Jabalia. 

Tentera Israel turut menghantar kereta kebal ke Zeitoun dan Al-Sabra yang memusanahkan beberapa rumah dan bangunan kediaman bertingkat. -AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya