Israel beku gaji penjawat awam Palestin - Utusan Malaysia

Israel beku gaji penjawat awam Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kementerian Kewangan Israel menyekat hasil cukai yang menyebabkan hanya sebahagian daripada gaji sektor awam akan dibayar minggu ini. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Palestin sehingga memberi tekanan kepada penjawat awam sejak berbulan-bulan lalu, lapor Reuters.  

Katanya, gaji penjawat awam Palestin akan dibayar 50 peratus daripada gaji Mac, pada Selasa ini, selepas israel menyekat pembayaran gaji yang perlu dibayar bagi bulan April. 

Difahamkan, tunggakan gaji akan dibayar selepas keadaan kewangan mengizinkan. 

Kementerian Kewangan Israel mengesahkan untuk memutuskan tidak memindahkan hasil cukai bulan ini, namun enggan memberikan butiran lanjut. 

Tekanan gaji terhadap sektor awam menyebabkan puluhan ribu rakyat Palestin dihalang daripada bekerja di Israel sejak serangan di Gaza tercetus, Oktober tahun lalu. 

Situasi itu menambahkan kesukaran ekonomi yang semakin meningkat di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel. 

Israel mengutip cukai terhadap barangan yang melalui Baitulmuqaddis bagi Pihak Berkuasa Palestin dan memindahkan hasil ke Ramallah di bawah perjanjian yang wujud antara kedua-dua pihak. 

Sejak serangan Hamas terhadap Israel, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menyekat jumlah wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pentadbiran di Gaza.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya