JAKARTA: Kementerian Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia sedang menunggu pakaian tradisional, kebaya mendapat status warisan budaya Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Selain kebaya, seni Reog dari Ponorogo dari Jawa Timur dan alat muzik tradisional kolintang dari Sulawesi Utara juga diminta untuk mendapat status berkenaan. Timbalan Kemajuan dan Pemuliharaan Budaya kementerian itu, Andre Notohamijoyo berkata, terdapat tiga warisan budaya yang dicadangkan oleh Indonesia dan ini sudah dibincangkan pada tahun ini. “Pada masa ini, kami masih menunggu keputusan UNESCO,” kata Andre dalam sidang media di sini. Katanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya