Hotel di China dilarang tolak pelancong asing - Utusan Malaysia

Hotel di China dilarang tolak pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Semua hotel di China diminta untuk tidak menolak tetamu asing selepas pihak berkuasa negara itu menerima aduan pelancong dari Nigeria dan United Kingdom.

Kerajaan China menerima aduan daripada pelancong asing yang tidak diterima masuk oleh pihak hotel, berdasarkan notis yang disiarkan dalam laman web Majlis Negara, lapor Channel News Asia. 

Pihak hotel memberikan alasan kemudahan ‘kurang lengkap’ untuk menerima tetamu asing atau tidak mengetahui ‘bagaimana mengisi maklumat dalam sistem’.

Beberapa pertubuhan Kerajaan China memaklumkan tiada lagi alasan bagi pihak hotel untuk menolak tetamu asing. 

Kementerian Keselamatan Awam berkata, Persatuan Hotel China akan ‘memberi tunjuk ajar dan menyelia’ industri untuk menerima pelancong asing serta meningkatkan piawaian perkhidmatan pelanggan.

Kementerian Perdagangan pula mengarahkan pihak persatuan melaksanakan inisiatif untuk memudahkan perkhidmatan penginapan untuk pelancong asing ke China. 

Ia juga bertujuan untuk menggalakkan piawaian dan kemudahan yang lebih baik bagi pengunjung yang melancong dan menetap di China. 

Dalam masa sama, terdapat rancangan untuk bekerjasama dengan platform tempahan bagi menawarkan kursus Bahasa Inggeris, menyediakan latihan percuma untuk prosedur daftar masuk serta membantu pekerja dalam industri meningkatkan kemahiran bahasa asing. 

Kementerian Keselamatan Awam sedang mengerahkan agensinya ke seluruh negara untuk membantu proses pendaftaran tetamu asing dan mewujudkan persekitaran perniagaan kelas pertama. 

Dasar baharu itu dibuat ketika China cuba menarik lebih ramai pelancong selepas Covid-19. 

Sebelum ini, negara itu telah melonggarkan peraturan kemasukan untuk warga asing dan melanjutkan polisi bebas visa bagi penginapan singkatnya untuk pengunjung dari 12 negara sehingga hujung 2025. 

China juga menandatangani pengecualian visa dengan Singapura dan Thailand awal tahun ini. 

Sejumlah 13.07 juta warga asing melawat China pada suku pertama 2024, menyaksikan peningkatan lebih 300 peratus berbanding tempoh sama pada 2023, lapor akhbar China CGTN bulan ini, memetik data daripada Pentadbiran Imigresen Kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya