Hong Kong tawar lebih banyak menu halal - Utusan Malaysia

Hong Kong tawar lebih banyak menu halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Hong Kong berhasrat menjadi negara yang lebih mesra Muslim dan berusaha menawarkan lebih banyak pilihan makanan halal di seluruh premis makanan, lapor The Straits Times.  

Pengarah Eksekutif Lembaga Pelancongan Hong Kong, Dane Cheng berkata, negara itu juga berusaha menarik kehadiran lebih ramai pelancong dari Asia Tenggara, Asia Barat dan kawasan majoriti Muslim di tanah besar China.

“Kami ingin menarik kedatangan lebih banyak pelancong Islam dan berharap mereka datang ke Hong Kong serta meneroka ke lokasi lebih jauh di tanah besar China.

“Bagi tujuan itu, kami perlu meningkatkan usaha menjadi negara mesra Muslim dan memperbanyakkan lagi restoran halal dan kemudahan lain,” katanya kepada media tempatan semasa menghadiri pameran perdagangan Arabian Travel Market di Dubai. 

Sejak akhir tahun lalu, Kerajaan Hong Kong berusaha memanfaatkan pasaran Asia Barat bagi mempelbagaikan sumber ekonomi negara itu yang mula bergerak perlahan akibat protes besar-besaran pada 2019, sekatan Covid-19 dan ketegangan hubungan Amerika Syarikat-China. 

Langkah-langkah itu termasuk meningkatkan perkongsian dan menarik lebih ramai pelabur serta pengembara ke bandar dari wilayah yang dihuni oleh majoriti penganut Islam. 

Sektor pelancongan Hong Kong adalah tonggak utama ekonomi dan secara tradisinya menyumbang kira-kira lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta tujuh peratus sumber pekerjaan.

Menurut Lembaga Pelancongan, ketibaan pelancong dari Indonesia melonjak lebih 80 peratus tahun demi tahun, lebih-lebih lagi ketika penghujung Ramadan, April lalu. 

Peningkatan itu hasil kerjasama Lembaga Pengarah dan pempengaruh Indonesia, agensi pelancongan dan syarikat penerbangan mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan. 

Berbeza dengan pelancong dari Malaysia, Penggubal Undang-Undang semasa lawatan ke Malaysia berkata, pihaknya menerima maklum balas mengenai orang Islam di negara itu yang lebih memilih untuk melancong ke Thailand berbanding Hong Kong kerana pilihan tempat makan halal yang terhad. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya