TEL AVIV: Sebanyak 20 roket dilancarkan dari selatan Lubnan ke Galilee, utara israel, awal pagi tadi.
Beberapa kesan kerosakan dapat dilihat di kawasan Dovev dan Manara di Israel, lapor Al Jazeera.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan akibat serangan itu.
Sebelum itu, jet pejuang Israel dilaporkan menyerang beberapa ‘struktur tentera Hezbollah’ di kawasan Souaneh dan Ramyeh di selatan Lubnan.
Serangan turut dilancarkan di infrastruktur Hezbollah di Yaroun dan Hanine.