JAKARTA: Gumpalan abu tebal berwarna putih kelabu menghambur ke langit setinggi 200 meter dari pusat kawah Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara, kira-kira pukul 6.28 pagi (waktu tempatan), hari ini.
Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan berkata, buat masa ini aktiviti gunung berapi dan seismik Gunung Ruang masih landai.
“Bagaimanapun, pihak kami masih meletakkan pada tahap empat atau status amaran untuk gunung berapi jenis strato ini.
“Abu putih kelabu bertekanan lemah dengan tinggi 200 meter,” katanya lapor CNN Indonesia.
Sepanjang hari ini, dari pukul 12 pagi hingga 6 pagi tadi, jumlah gempa bumi gunung berapi cetek direkodkan sebanyak lima kali, hanya satu gempa gunung berapi dalam, dua gempa tektonik jauh dan tiada aktviti letusan.