JAKARTA: Sebuah gunung berapi di timur Indonesia meletus hari ini dan memuntahkan menara abu hampir satu batu ke langit, mendorong pihak berkuasa menaikkan tahap berjaga-jaga ke tahap kedua tertinggi. Pihak berkuasa turut memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhkan diri. Gunung Ibu yang terletak di pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara, meletus pada pukul 11:11 pagi waktu tempatan dan mengeluarkan asap gelap dan abu di atas puncak. Menurut Agensi Volkanologi Indonesia (PVMBG), gunung berapi itu memuntahkan menara abu sejauh 1.5 kilometer di atas puncak. Dalam pada itu, Ketua PVMBG, Hendra…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya