Gunung Ibu meletus lagi - Utusan Malaysia

Gunung Ibu meletus lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Ibu di Pulau Halmahera, di wilayah Maluku utara, Indonesia timur, meletus kira-kira pukul 9.12 pagi tadi.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia merekodkan letusan itu berlaku selama lima minit sehingga menghamburkan abu setinggi 5,000 meter (lima kilometer) di atas puncak.

Ketua Geologi, Agensi Pasukan Tindak Balas Kecemasan, Sofyan Primulyana berkata, bunyi dentuman dan letusan dapat didengar sehingga Pos Pengamatan Gunung Api Ibu di Desa Gam Ici.

“Gunung Ibu Meletus kembali selepas tempoh 30 jam daripada letusan pertama pada 12 Mei.

“Pasukan Jabatan Geologi di Pos Pengamatan Gunung Ibu ketika ini masih memantau aktiviti gunung berkenaan,” katanya lapor Tribunnews.

Dalam masa sama, pelancong diingatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti di sekitar kawasan gunung itu dalam radius tiga KM dari kawah gunung berapi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya