Guna bahasa lucah, warga AS ditahan 10 hari di Russia

Guna bahasa lucah, warga AS ditahan 10 hari di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) ditahan selama 10 hari kerana menggunakan bahasa lucah semasa polis menyerbu apartmen yang didiaminya.

Akhbar Kommersant melaporkan perintah penahanan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Russia.

Pendakwa raya berkata, tertuduh, Angelo Joseph Talarico, 36, bersumpah dalam bahasa Inggeris semasa sepasukan polis tiba di kediaman itu untuk menjalankan siasatan mengenai kes kecurian bitcoin di wilayah Murmansk.

Laporan polis menjelaskan lelaki itu yang berpindah dari Los Angeles ke Russia menjerit ke arah pegawai polis menggunakan dua perkataan berbeza ‘maksud yang mereka fahami’.

Bagaimanapun, warga AS itu menafikan kesalahan penggunaan bahasa lucah di tempat awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya