Graduan Universiti Yale tinggalkan konvo, bantah perang Gaza

Graduan Universiti Yale tinggalkan majlis konvokesyen, bantah perang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW HAVEN: Puluhan mahasiswa Universiti Yale meninggalkan majlis konvokesyen secara tiba-tiba sebagai tanda bantahan terhadap serangan Israel di Gaza, pada Isnin.

Reaksi itu sebagai protes terhadap hubungan kerjasama universiti itu dengan pembuat senjata di Amerika Syarikat.

Tunjuk perasaan itu bermula ketika Presiden Yale, Peter Salovey mengumumkan nama-nama calon yang bakal menerima ijazah di kampus lama Yale.

Majlis rasmi itu dihadiri ribuan graduan yang lengkap berpakaian jubah dan topi konvokesyen.

Tidak semena-mena, seramai 150 pelajar yag duduk di barisan hadapan berdiri, lalu meninggalkan acara menerusi Phelps Gate.

Barisan pelajar itu turut mengangkat sepanduk kecil yang tertera tulisan: ‘Buku bukan bom’ dan ‘Henti sokong perang’.

Kelihatan peserta protes menyarungkan sarung tangan berwarna merah sebagai simbol tangan yang membunuh.

‘Gugurkan dakwaan’ dan ‘Lindungi hak kebebasan bersuara’ antara tulis lain yang tertera di sepanduk bagi merujuk tindakan anggota polis memberkas 45 penunjuk perasaan di kampus seitar New Haven, Connecticut.

Langkah berani barisan mahasiswa meninggalkan upacara konvokesyen mendapat sorakan pelajar lain.

Bantahan bagaimanapun dilakukan secara aman dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. Situasi mengejut itu juga tidak diulas oleh individu yang berada di pentas.

Yale merupakan antara puluhan kampus di Amerika Syarikat yang menyaksikan mahasiswanya lantang membantah tindakan Israel terhadap Gaza, ditambah lagi dengan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.

Universiti Southern California pula membatalkan upacara konvokesyen utamanya, sementara puluhan pelajar meninggalkan majlis sama di Universiti Duke pada minggu lalu untuk membantah kehadiran tetamu undangannya, pelawak Jerry Seinfeld yang menyokong Israel sepanjang peperangan di Gaza. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya