MANILA: Gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter menggegarkan wilayah Leyte, di tengah Filipina, pada pukul 6.16 (waktu tempatan), semalam.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina merekodkan gempa itu pada kedalaman lapan kilometer (KM), kira-kira 32 KM dari tenggara Dulag.
Setakat ini, pihak berkuasa Filipina tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kerosakan atau kematian akibat gegaran itu.
Institut itu turut menjangka kerosakan dan gegaran susulan lain. -AGENSI