Ganjar enggan sertai Kabinet Prabowo - Utusan Malaysia

Ganjar enggan sertai Kabinet Prabowo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Calon Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres) 2024 yang tewas, Ganjar Pranowo mengumumkan tidak akan menyertai pentadbiran kerajaan yang bakal diterajui oleh Prabowo Subianto.

Sebaliknya, beliau memilih untuk berada dalam saf pembangkang kerana mahu menjadi pemerhati terhadap kerajaan akan datang.

“Pertama sekali, saya ingin mengumumkan tidak akan menyertai pentadbiran ini, tetapi saya tetap menghormatinya. 

“Saya akan menjadi pemantau dan dan pemerhati kerajaan baharu,” katanya lapor Channel News Asia. 

Dalam masa sama, Ganjar mengumumkan pembubaran pasukannya serta merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong pemilihannya sebagai calon Presiden, Februari lalu. 

Bekas Gabenor Jawa Tengah itu berkata, keputusan berada di blok pembangkang dianggap sebagai cara paling berkesan untuk mengawasi pentadbiran Prabowo. 

Beliau juga tidak menolak wujudnya kelebihan dan kekurangan sama ada menjadi sebahagian atau di luar kerajaan. 

Isnin lalu, Ganjar menggesa penyokongnya supaya tidak terlibat untuk mengkritik mana-mana pihak dalam pentadbiran negara. 

“Melaui pendekatan ini, moraliti politik akan menang dan pendekatan yang betul terhadap politik dapat ditingkatkan. 

“Ia juga akan mendorong perasaan saling menghormati tanpa perlu ada kritikan saling membandingkan,” jelasnya. 

Prabowo akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang kelapan pada 20 Oktober depan, bersama Gibran Rakabuming sebagai Naib Presiden. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya