Citra Madinah papar sejarah Madinah, kisah tidak terungkai

Citra Madinah papar sejarah Madinah, kisah tidak terungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidiladha,Blithe Media Production Sdn. Bhd. bakal menyajikan dokumentari khas, Citra Madinah yang akan menemui penonton pada Sabtu 15 Jun dan Ahad 16 jun, di Astro Oasis.

Penerbit yang juga pengarah dokumentari ini, Nur Farihah Ridzuan berkata, Citra Madinah memaparkan sejarah kota suci dan kisah tidak dirungkai di Masjid Nabawi, Masjid Nabi yang dibina oleh Rasulullah sendiri.

“Kita dapat lihat bagaimana gahnya masjid ini sekarang. Citra Madinah berkisarkan tentang kelebihan The Hidden Gem (Permata Yang Tersembunyi) yang ada di Tanah Suci Madinah.

“Tidak kurang kita dapat menyaksikan kepesatan perkembangan teknologi yang ada di Masjid Nabawi seperti broadcasting.

“Juga terdapat tiga buah muzium di Masjid Nabawi termasuk muzium terbaru Bustan Al Safiya. Yang paling best sekali cerita yang orang tak tahu ada di Masjid Nabawi.

“Yang paling menarik, ada lagi tempat yang orang takkan pergi dan orang takkan tahu dan mereka perlu menonton Citra Madinah,” ujarnya.

Farihah turut bersyukur kerana penghasilan dokumentari ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Buat pertama kalinya, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan permit untuk penggambaran dan memberi sepenuh kerjasama bagi menjayakan program ini.

“Kami dapat sokongan penuh dari kerajaan Arab Saudi yang bantu dalam menjayakan dokumentari ini.

“Kami amat berterima kasih dan berbesar hati dengan fasiliti dan kerjasama baik ini. Moga semua beroleh manfaat dan reda Ilahi menerusi dokumentari ini,” katanya.

Tenaga produksi seramai lapan orang ini berada di Madinah dan Al Ula dari 18 Mei sehingga 24 Mei.

Mereka seterusnya akan berada di Makkah selama dua hari untuk mengerjakan umrah sebelum balik ke tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya