BEIJING: China menggesa Israel ‘menghentikan serangan di Rafah’ selepas rejim Zionis itu melaksanakan ‘kawalan operasi’ di lintasan Rafah yang bersempadan antara Gaza dan Mesir.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, China mengutuk sekeras-kerasnya dan menggesa Israel menghentikan serangan yang hanya menyebabkan malapetakan kemanusiaan bertambah serius di Semenanjung Gaza.
Terdahulu, tentera Israel mengambil alih kawalan operasi di lintasan berkenaan yang kononnya bertujuan mengimbas kawasan tersebut.
Dalam taklimat awal pagi, rejim Zionis berkata, lintasan Kerem Shalom ditutup hari ini atas sebab keselamatan dan akan dibuka semula sekiranya situasi keselamatan terkawal.
Rafah menempatkan lebih 1.5 juta rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal serta berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Oktober lalu.
Laluan bantuan kemanusiaan juga dihentikan di lintasan berkenaan. -AFP