KAHERAH: Jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam mendakwa pejuangnya berjaya menangkap tentera Israel semasa pertempuran di Jabalia di utara Gaza pada Sabtu lalu walaupun tentera Israel menafikan dakwaan itu. Bagaimanapun, jurucakap sayap bersenjata Hamas itu tidak menyatakan berapa ramai askar yang diculik dan tidak menunjukkan bukti dakwaan itu. Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaida berkata, pejuangnya berjaya memikat pasukan Zionis ke dalam serangan hendap di dalam terowong. “Para pejuang berundur selepas mereka meninggalkan semua anggota pasukan mati, cedera, dan ada yang ditangkap,” katanya dalam satu mesej yang dirakamkan dan disiarkan oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya