JAKARTA: Beratus-ratus orang yang tinggal berhampiran gunung berapi yang meletus di timur Indonesia dipindahkan selepas pihak berkuasa menaikkan status berjaga-jaga ke tahap tertinggi. Pihak berkuasa menaikkan status amaran untuk Gunung Ibu yang terletak di pulau Halmahera, ke tahap tertinggi sistem empat peringkat selepas merekodkan dua letusan besar untuk hari kedua berturut-turut. Pegawai agensi mitigasi bencana tempatan, Muhammad Ade Fabanyo kepada AFP, penduduk di tujuh kampung berhampiran Gunung Ibu yang memuntahkan abu dan asap 5,000 meter ke langit, mula berpindah ke beberapa tempat perlindungan lewat petang semalam selepas pihak berkuasa menaikkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya