LONDON: Syarikat pengeluar vaksin, AstraZeneca memberitahu pihaknya menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia berikutan terdapat lebihan vaksin berkenaan yang dikemas kini. Syarikat itu juga berkata ia akan meneruskan dasar menarik balik kebenaran pemasaran vaksin, Vaxzevria di Eropah. “Memandangkan pelbagai jenis vaksin Covid-19 dibangunkan, terdapat lebihan vaksin dikemas kini,” kata syarikat itu. Syarikat itu menambah bahawa keadaan itu menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria, yang tidak lagi dikeluarkan atau dibekalkan. Menurut media, pembuat ubat Inggeris-Sweden itu sebelum ini mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin itu menyebabkan kesan sampingan seperti pembekuan darah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya