AstraZeneca rancang bina kilang di Singapura bernilai RM7 bilion

AstraZeneca rancang bina kilang di Singapura bernilai RM7 bilion

Syarikat pengeluar vaksin Covid-19 AstraZeneca berjaya membatalkan saman indivdu yang mendakwa menerima kesan buruk kesihatan termasuk meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMBRIDGE: Syarikat farmaseutikal global, AstraZeneca merancang untuk membina kemudahan pengilangan bernilai AS$1.5 bilion (RM7.02 bilion) di Singapura.

Usaha itu akan meningkatkan portfolio konjugat ubat antibodi (ADC).

Kemudahan itu akan menjadi tapak pengeluaran ADC paling lengkap pertama syarikat itu yang disokong oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB).

ADC adalah antibodi yang direka yang akan melekat pada sel ketumbuhan atau tumor dan kemudian mengeluarkan kimia membunuh sel.

“Singapura adalah antara negara paling menarik bagi pelaburan disebabkan reputasinya yang cemerlang bagi sektor pengilangan bahan kompleks.

“Saya teruja, AstraZeneca akan menempatkan kemudahan pengilangan ADC bernilai AS$1.5 bilion (RM7.02 bilion) di negara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pascal Soriot dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya