WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menangguhkan penghantaran senjata ke Israel minggu lalu, sebagai tentangan terhadap rancangan Israel untuk menyerang Rafah.
Pegawai Kanan AS berkata, Biden cuba menghalang serangan besar-besaran oleh Israel di selatan Gaza, yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin mencari perlindungan.
“AS mengkaji semula penghantaran senjata ke Israel yang mungkin digunakan di Rafah.
“Hasil semakan tersebut, kami menangguhkan penghantaran senjata minggu lalu. Ia merangkumi 1,800 bom seberat 816 kilogram (KG) dan 1,700 bom (224 KG),” kata pegawai itu.
Empat sumber menyatakan penghantaran tersebut yang ditangguhkan selama dua minggu, termasuk Senjata Serangan Langsung Bersama buatan Boeing serta Bom Diameter Kecil.
Semalam, tentera Israel merampas penguasaan di lintasan Rafah antara Gaza dengan Mesir, sekali gus menyekat laluan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke kawasan itu. -AGENSI