BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa Israel menyerbu bilik hotel di Baitulmuqaddis yang digunakan oleh Al Jazeera sebagai pejabatnya selepas kerajaan memutuskan untuk menutup operasi tempatan stesen TV milik Qatar itu semalam. Video yang diedarkan dalam talian menunjukkan pegawai berpakaian biasa membongkar peralatan kamera di bilik hotel, yang menurut sumber Al Jazeera berada di Baitulmuqaddis Timur. Kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menutup rangkaian itu selagi perang di Gaza berterusan kerana berpandangan stesen televisyen itu mengancam keselamatan negara. Al Jazeera berkata, tindakan itu adalah tindakan jenayah dan tuduhan bahawa rangkaian itu mengancam keselamatan Israel…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya